Senarai lagu Masked_Rider_Den-O

Climax Jump

  • Lirik: Shoko Fujibayashi (藤林 聖子, Fujibayashi Shōko)
  • Komposer & Susun Atur: Shuhei Naruse (鳴瀬 シュウヘイ, Naruse Shūhei)
"Climax Jump", lagu pembukaan drama Kamen Rider Den-O, adalah single pertama kumpulan AAA yang berjaya menembusi carta sepuluh lagu popular di carta Oricon. Lagu ini juga dijadikan lagu tema untuk Den-O Climax Form dan pernah sekali dijadikan lagu penutup drama ini. Ini kerana drama ini tidak menyiarkan lagu penutup kecuali sekali selepas Climax Form diperkenalkan. Lagu ini juga diperlbagaikan versinya seperti berikut:
  1. Climax Jump (nyanyian kumpulan AAA)
  2. Climax Jump Den-Liner Form (nyanyian Momotaros, Urtaros, Kintaros, dan Ryutaros)
  3. Climax Jump pop'n form (muncul dalam permainan game Konami, "pop'n music 16 PARTY♪")
  4. Climax Jump HIPHOP ver. (lagu tema ketika Ryutaros menari "Break Dance" selepas merasuk Ryotaro)
  5. Climax Jump Dark HIPHOP ver. (lagu tema ketika Kai menguasai minda penari "Break Dance")
Sempena tayangan filem ketiga Den-O, kumpulan AAA bersama empat jurualih suara untuk Taros (gelaran yang merujuk kepada Imagin merasuk Ryotaro yang menggunakan nama Taros) merakam album mini yang bertajuk Baguslah! Hebatlah! Mengagumkan, Bukan?! (いーじゃん! いーじゃん! スゲーじゃん?!, Ī jan! Ī jan! Sugē jan?!). Album mini ini mengandungi variasi lagu Climax Jump seperti berikut:
  1. Climax Jump the Final
  2. Climax Jump Sword Form
  3. Climax Jump Rod Form
  4. Climax Jump Axe Form
  5. Climax Jump Gun Form
  6. Climax Jump Wing Form

Double-Action

  • Lirik: Shoko Fujibayashi (藤林 聖子, Fujibayashi Shōko)
  • Komposer: LOVE+HATE, Shuhei Naruse (鳴瀬 シュウヘイ, Naruse Shūhei)
  • Susun Atur: LOVE+HATE, Yōichi Sakai (酒井 陽一, Sakai Yōichi), Shuhei Naruse (鳴瀬 シュウヘイ, Naruse Shūhei)
"Double-Action", lagu tema untuk Kamen Rider Den-O. Lagu ini dipelbagaikan variasinya mengikut bentuk (Form) yang digunakan oleh Den-O ketika berperang. Lagu ini dinyanyikan oleh Ryotaro bersama dengan salah satu Imaginnya. Hanya bentuk "Climax Form" sahaja yang tidak menggunakan variasi lagu ini. Berikut adalah senarai variasi lagu ini:
  1. Double-Action (nyanyian Nogami Ryotaro dan Imagin Momotaros)
  2. Double-Action Rod Form (nyanyian Nogami Ryotaro dan Imagin Urataros)
  3. Double-Action Axe Form (nyanyian Nogami Ryotaro dan Imagin Kintaros)
  4. Double-Action Gun Form (nyanyian Nogami Ryotaro dan Imagin Ryutaros)
  5. Double-Action Wing Form (nyanyian Nogami Ryotaro dan Imagin Sieg)
  6. Double-Action Piano Form (versi instrumental yang digunakan sebagai lagu tema perang pada episod 33 dan 34)
  7. Double-Action Coffee Form (nyanyian Nogami Airi dan Naomi)
  8. Double-Action GAOH Form (nyanyian Gaoh, lagu tema Kamen Rider Gaoh)
  9. Double-Action CLIMAX Form (nyanyian kumpulan Taros berempat dan Deneb, lagu tema untuk filem kedua Kamen Rider Den-O: Detektif Klimaks)

Action-ZERO

  • Lirik: Shoko Fujibayashi (藤林 聖子, Fujibayashi Shōko)
  • Komposor & Susun Atur: LOVE+HATE
  • Penyanyi: Yuto Sakurai & Deneb
Lagu ini adalah lagu tema perang untuk Kamen Rider Zeronos dan Imagin Deneb. Lagu ini tidak mempunyai variasi seperti lagu "Double-Action". Namun, pihak Avex mengeluarkan versi instrumental piano bagi lagu ini dan diberi judul "Action-ZERO Piano Form". Lagu ini telah diterbitkan bersama single "Double-Action Wing Form".

Real-Action

  • Lirik: Shoko Fujibayashi (藤林 聖子, Fujibayashi Shōko)
  • Komposor & Susun Atur: Ryo
  • Penyanyi: Ryotaro Nogami
Lagu ini adalah lagu tema perang untuk Kamen Rider Den-O Liner Form.

Jika Kita Bertemu Dalam Mimpi...

  • Tajuk asal: "Yume de aeta nara…" (夢で逢えたなら…)
  • Lirik & Komposer: Shogo (SHOGO(ショーゴ), Shōgo)
  • Penyanyi: 175R (disebut sebagai Inago R)
Lagu ini adalah lagu tema untuk filem pertama Kamen Rider Den-O: Aku Lahir.